28 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet akan ditutup sementara waktu bagi membendung penularan wabak covid 19. Keputusan penutupan Pusat Internet ini adalah sejajar dengan Perintah Kawalan dibawah Akta Pencengahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Pengurus/Penolong Pengurus PI.
9 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet akan ditutup buat sementara waktu disebabakn oleh penularan wabak Covid-19. Keputusan penutupan Pusat Internet ini adalah sejajar dengan Perintah Kawalan dibawah Akta Pencengahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Bersama kita membendung wabak covid 19.
25 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Februari lepas, Digi dengan kerjasama MDEC, UNICEF & MOE telah melaksanakan bengkel microbit iaitu salah satu inisitif bagi Future Skill For All (FSFA) kepada pengurus dan penolong pengurus........seterusnya
20 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Februari lepas, pihak KWSP Mobile Team telah bekerjasama dengan pihak PI untuk membuka kaunter di PI bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 3.30 petang........seterusnya
16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 15 Februari lepas, pihak PI Kg Sg Imam telah mula melakukan kelas E-Learning melalui classruum.com untuk memudahkan dan menambahbaik sesi pembelajaran pelajar sekolah rendah........seterusnya
19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 18 Januari lepas, PI Kg Sg Imam dan beberapa PI Tawau yang terlibat telah turun padang untuk melakukan Program Advokasi KBD bersama pihak MCMC di Padang Bandaran Tawau........seterusnya
13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada 12 Januari lepas, Staf PI Kg Sg Imam telah melaksanakan kelas ICT hujung minggu seperti biasa bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menegah rendah. Sesi kelas ICT kali ini........seterusnya
31 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 30 Oktober lepas, PI Kg Sg Imam telah dikunjungi oleh Encik Nizam Abdullah untuk memberi kursus dan tunjuk ajar tentang cara untuk menghasilkan video animasi menggunakan aplikasi terpilih. Sesi bermula sekitar pukul 9.00 pagi di mana semua yang hadir diberi penerangan secara teori tentang apa itu animasi dan asal usul animasi bermula dan revolusinya........seterusnya
23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Oktober lepas, PI Kg Sg Imam telah menjalankan program ICT bersama golongan ibu atas tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang ilmu asas Microsoft Office........seterusnya
20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Oktober lepas, berlangsung kolaborasi PI Kg Sg Imam dan Mary Kay Tawau untuk menjalankan program kelas kecantikan bersama Mary Kay di PI Kg Sg Imam.........seterusnya
20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Oktober lepas, PI Kluster Tawau telah dijemput mewakili pihak SKMM untuk memberi ceramah dan advokasi tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar yang terlibat dengan program.........seterusnya
7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 6 Oktober lepas, PI Kg Sg Imam telah mengajurkan hari terbuka untuk kali kedua setelah dua tahun beroperasi. Hari terbuka bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 1.00 petang.........seterusnya
29 September 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 28 September lepas, PI Kg Sg Imam telah menerima kunjungan daripada Pengarah MCMC Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Haji Roslan Mohamad atas tujuan berjumpa dengan staf PI........seterusnya
10 September 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 6 sehingga 9 September lepas, PI Kg Sg Imam antara PI di Sabah yang terpilih untuk mengikuti Program Malaysia ict volunteer (MIV) anjuran pihak SKMM. Sebelum PI dan sukarelawan yang terpilih menjalankan program MIV.........seterusnya
26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 25 Ogos lepas, PI Kg Sg Imam dan beberapa PI terpilih telah terlibat dengan Program Kembara Jalur Gemilang yang diadakan di sekitar perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).........seterusnya
22 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Ogos lepas, pertandingan akhir lukisan 3D Sketch up telah berlangsung di Pusat Internet Kg Sg Imam. Pertandingan ini adalah lanjutan daripada saringan 1 dan 2 yang bermula sejak akhir bulan Julai ........seterusnya
29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Julai lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam menganjurkan satu program yang dikenali sebagai program Kem Jom Studi yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bermula daripada umur 10 tahun sehigga 17 tahun. Program satu hari Kem Jom studi ini di anjurkan bertujuan untuk menperkenalkan satu aplikasi baru iaitu aplikasi ‘jomstudi.my’.........seterusnya
25 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 24 Julai lepas, PI Kg Sg Imam telah menganjurkan satu bengkel lukisan dan pencetakan 3D dengan kerjasama SK Sungai Imam yang terdiri daripada pelajar tahap 2 iaitu darjah 5 dan 6 sahaja. Bengkel 3D ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan pelajar seawal mungkin di umur 11 dan 12 tahun untuk mempunyai asas lukisan dan pencetakan 3D.........seterusnya
20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Julai 2019 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan kelas latihan Microsoft Word – Smart Art yang berlangsung di bilik latihan PI Kg Sg Imam yang dihadiri oleh para pelajar SK Sg Imam dan SMK Abaka. Latihan ini berlangsung selama dua jam yang bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.........seterusnya
28 Jun 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Jun 2019 bersamaan hari Selasa yang lalu, Pusat Internet daerah Tawau telah mengadakan Program Raya 2019 bersama Pusat Internet daerah Tawau yang diwakili oleh Penolong Pengurus ........seterusnya
23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Jun lepas, PI Kg Sg Imam telah mengadakan PI Silaturahim Raya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang masih bersisa. Sambutan raya di adakan di PI sendiri dengan kehadiran pengguna-pengguna PI.........seterusnya
17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 16 Jun lepas, staf Pusat Internet Kg Sg Imam mengadakan kelas hujung minggu iaitu kelas ulangkaji matematik sifirdarab.com. Kelas kali ini bertujuan untuk membantu mencari alternatif untuk adik-adik mengulangkaji pelajaran terutamanya subjek matematik menggunakan aplikasi atas talian.........seterusnya
15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Jun lepas, staf Pusat Internet Kg Sg Imam mengadakan kelas suntingan asas menggunakan aplikasi atas talian yang dikenalai sebagai Pixlr.com. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada adik-adik yang datang mengahadiri kelas hari itu tentang pilihan aplikasi melalui atas.........seterusnya
7 May 2019 | Aktiviti Terkini
Berikut adalah Notis Waktu Operasi Pusat Internet Sungai Imam pada bulan Ramadhan bermula 6 Mei - 3 Jun 2019..............seterusnya
18 April 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 17 April 2019 (Rabu), Pusat Internet daerah Tawau telah menganjurkan kursus Fotografi, Photoshop dan Keusahawanan untuk setiap Pusat Internet Tawau yang bertempat di PPR Taman Sri Titingan............. baca seterusnya
11 April 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 10 April lepas, Gabungan Pusat Internet seluruh Tawau yang terdiri daripada 10 buah PI dengan kerjasama daripada Perpustakaan Desa telah mengadakan advokasi di program Dekad Membaca yang diadakan di Sk Balung, Tawau. Program advokasi kali ini melibatkan pelajar tahap 2 Sk Balung iaitu pelajar darjah 4 hingga darjah 6.............. baca seterusnya
26 March 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 25 March lepas, Pusat Internet Tawau yang terdiri daripada 10 buah PI telah dijemput mengadakan advokasi di Jambori Nusantara Antarabangsa Tawau 2019 yang di adakan di Kem Pengakap Tiku, Tawau. Program advokasi kali ini berskala besar kerana penglibatan ramai buah sekolah sekitar Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Indonesia............. baca seterusnya
17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini
Melalui inisiatif Digi, Astro Malaysia Holding dan Media Prima Berhad, satu projek yang dikenali sebagai JomStudi akan dilancarkan dan sebelum itu mengkehendaki semua Pusat Internet Digi............ baca seterusnya
31 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 30 Januari 2019 (Rabu), Pusat Internet daerah Tawau telah menganjurkan kursus TTT advokasi untuk Pusat Internet Tawau bertempat di Pusat Internet Kg Sg Imam, Tawau. Kursus pada kali ini dihadiri oleh pengurus dari setiap Pusat Internet yang terdapat di daerah tawau. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi............. baca seterusnya
17 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 16 Januari 2019 (Rabu), Pusat Internet daerah Tawau telah menganjurkan training TTT advokasi untuk Pusat Internet Tawau bertempat di PPR Taman Sri Titingan, Tawau. Kursus pada kali ini dihadiri oleh seorang wakil dari setiap Pusat Internet yang terdapat di daerah tawau. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai............. baca seterusnya
14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Januari yang lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan satu aktiviti iaitu ‘Which One Was Me’ yang dikendalikan oleh Staf Pusat Internet sendiri. Aktiviti ini telah dihadiri seramai lima orang peserta iaitu terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan berlangsung selama dua jam...... baca seterusnya
13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 12 Januari 2019 lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam membuka kelas ict untuk mempelajari satu aplikasi baru yang dapat memudahkan untuk sesiapa yang ingin membuat kad, poster, banting dan pelbagai lagi benda-benda kreatif. Kali ini mereka yang datang diperkenalkan dengan aplikasi Canva.com iaitu aplikasi percuma untuk sesiapa yang ingin membuat benda kreatif tetapi tidak mempunyai kepakaran untuk mendeko sendiri..... baca seterusnya
7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 6 januari 2019 yang lepas, kelas E-learning di Pusat Internet Kg Sg Imam dimulakan dengan kelas interaktif Jigsaw Puzzle. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Kelas kali ini membawa peserta yang hadir bermain Jigsaw Puzzle secara interaktif menggunakan website proprofs.com. ..... baca seterusnya
5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 4 januari 2019 yang lepas, PI Kg Sg Imam membuka tahun baru depan kelas ict pertama iaitu pengenalan kepada asas Microsoft Office. Sesi berlangsung selama dua jam sahaja untuk memberi sedikit pengenalan dan mencerahan tentang fungsi, jenis dan kegunaan setiap Microsoft yang berlainan. Kelas kali ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah yang baru sahaja berjinak-jinak belajar...... baca seterusnya
10 Disember 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 9 disember lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan hari terbuka buat pertama kali selepas 1 tahun 3 bukan beroperasi secara rasmi sejak tahun 2017 lepas........ baca seterusnya
22 November 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 21 November 2018 yang lalu, beberapa Pusat Internet di daerah Tawau telah mengadakan satu program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersempena dengan Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku........ baca seterusnya
16 September 2018 | Aktiviti Terkini
Latihan ICT kali ini mengetengahkan cara ringkas dan mudah untuk membuat carta organisasi kepada para pelajar untuk tujuan pembentangan mahu pun hiasan kelas sahaja. Kelas dihadiri sekitar 10 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan kelas berlangsung selama lebih kurang 3 jam......... baca seterusnya
16 September 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 15 September lepas, PI Kg Sg Imam telah mengadakan satu pertandingan mewarna topeng bertemakan kemerdekaan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun. Pertandingan ini melibatkan penglibatan pelajar sekolah rendah Sungai Imam seramai lebih kurang 15 orang......... baca seterusnya
15 September 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 14 September lepas, PI Kg Sg Imam dengan kerjasama rukun tertangga Kg Sg Imam yang dipengerusikan oleh En Paimin Paidi telah mengadakan satu pertandingan basikal berhias yang bertemakan kemerdekaan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun.......... baca seterusnya
09 September 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 8 September yang lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan latihan tentang websites yang biasa dan kerap dikunjungi oleh golongan pelajar untuk mencari maklumat sekolah. Antara websites yang menjadi pilihan untuk diberikan latihan pada sesi kali ini ialah website Frog vle dan Kahoot.com........... baca seterusnya
31 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
Setelah di maklumkan Pusat Internet Kg Sg Imam dilantik sebagai ejen berdaftar Pos Malaysia, pada 30 julai yang lepas, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan pihak Pos Malaysia........... baca seterusnya
15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 14 julai yang lepas, Pusat Intenet Kg Sg Imam berkolaborasi bersama dengan usahawan Pusat Internet Kg Sg Imam untuk mengadakan bengkel keusahawanan yang bertajuk Terokai Dunia Perniagaan Digital (e-usahawan)........... baca seterusnya
01 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
Sempena bulan syawal yang masih berbaki, Pusat Internet Kg Sg Imam tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraihkan sambutan bulan syawal bersama dengan pengunjung dan ahli Pusat Internet pada 30 June lepas. Hari sabtu di pilih kerana menuntut kelapangan masa para penggunjung dan juga petugas Pusat Internet........... baca seterusnya
11 Jun 2018 | Aktiviti Terkini
Sempena hari raya yang bakal tiba, Pusat Internet Kg Sg Imam juga turut bersama-sama menghidupkan semangat raya di dalam Pusat Internet. Oleh yang demikian, Pusat Internet bersama-sama dengan ahli Pusat Internet yang lain bersama-sama membersihkan kawasan dalam dan luar bangunan. Bagi kawasan luar bangunan Pusat Internet.......... baca seterusnya
16 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 15 Mei 2018 (Selasa), telah berlangsung satu lagi kelas Bengkel Keusahawanan Video (Basic Kamera DLSR) khas untuk Pengurus Pusat Internet sekitar Tawau. Objektif utama kelas ini adalah untuk optimumkan penggunaan kamera DLSR yang telah dibekalkan kepada Pusat Internet. Selain itu, bengkel ini juga diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada setiap pengurus Pusat Internet berkenaan cara-cara untuk menghasilkan video yang menarik menggunakan kamera DLSR........... baca seterusnya
07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
06 Mei 2018, Siri Jelajah: Sebenarnya.My #Tidakpastijangankongsi telah diadakan bertempat di PPR Taman Sri Apas. Antara objektif yang ingin disampaikan didalam program yang telah dijalankan ini adalah mempromosikan Aplikasi yang dibawakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk memberi pendedahan kepada warga Tawau mengenai Kuasa Viral sememangnya ada kebaikan dan keburukkan tersendiri.......... baca seterusnya
11 April 2018 | Aktiviti Terkini
10 April 2018 lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Imam telah terlibat dengan bengkel fotografi bersama dengan semua PI yang terdapat di Tawau iaitu seramai 9 buah PI. Bengkel ini diadakan di PI PPR Sri Titingan.......... baca seterusnya
9 April 2018 | Aktiviti Terkini
08 April 2018, Crew Produksi Menarik di Tawau terlibat Program Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018. Antara keunikannya Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018 .......... baca seterusnya
26 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan pertandingan mewarna atas talian yang dinamakan colouring pages didalam bilik latihan bersama dengan pelajar sekolah berhampiran. Objektif aktiviti kali ini dilakukakan adalah untuk membiasakan para peserta menggunakan tetikus untuk memilih warna dan mula mewarna gambar yang mereka pilih........... baca seterusnya
15 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan satu pertandingan menaip yang dinamakan beat the time didalam bilik latihan bersama dengan pelajar sekolah berhampiran. Objektif aktiviti kali ini dilakukakan adalah untuk menguji ketangkasan para peserta menaip dengan laju melawan masa yang telah ditetapkan........... baca seterusnya
14 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada tarikh 13 febuari 2017 bersamaan hari selasa, pihak PI telah mengikuti program yang diadakan bersama dengan PI lain di daerah Tawau iaitu Program Jelajah Ict: Advokasi Klik Dengan Bijak bertempat di Smk Balung Tawau........ baca seterusnya
11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah menganjurkan aktiviti berbentuk E-Learning sempena Tahun Baru Cina yang lepas. Latihan diadakan didalam bilik latihan bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang...... baca seterusnya
10 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan satu latihan tentang klik dengan bijak kepada para pelajar sekolah rendah Kampung Sungai Imam tentang online grooming ........ baca seterusnya
3 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 2 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan satu bentuk aktiviti yang dinamakan fix me up didalam bilik latihan bersama dengan pelajar sekolah berhampiran....... baca seterusnya
22 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Oktober 2017 telah berlangsung kelas Origami Tutorial (E-Learning How To Make An Easy Origami) bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Imam. Kelas latihan ini telah menempatkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada semua peserta perempuan. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan peserta yang terlibat........ baca seterusnya
19 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Bersempena dengan sambutan perayaan Deepevali iaitu pada 18 Oktober 2017 pihak Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Imam berkesempatan mengadakan satu pertandingan iaitu pertandingan mewarna kolam. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan kaum India untuk menunjukkan Malaysia negara yang aman harmoni dengan berbilang kaum........ baca seterusnya
16 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Pada tarikh 15 Oktober 20017 pihak PI telah mengadakan latihan Speak English Aint Hard (Soft Skill: Public Speaking) dengan menjemput.lokal fasilitator iaitu Miss NurSyamimi Saiyidah Binti Azlan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan Bahasa Inggeris,....... baca seterusnya
09 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 08 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan Digital Literacy (Maklumat Palsu) untuk memberi pendedahan kepada penduduk Kg Sg Imam tentang kesan-kesan terhadap perkongsian maklumat palsu. Program ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malysia Sungai Imam pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 Pagi........ baca seterusnya
1 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Minggu terakhir bulan September, Pusat Internet 1 Malaysia Sg Imam telah menganjurkan kelas E-Learning sekali lagi dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah. Kelas tersebut ialah kelas ‘Saying Good About Me’........ baca seterusnya
30 September 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas E-Learning di Pusat Internet 1 Malaysia kembali mengambil tempat pada minggu terakhir bulan September. Kelas E-Learning kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi atas talian......... baca seterusnya
25 September 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 24 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia sempat mengadakan latihan ICT (Microsoft Office: Kelas menaip) kepada penduduk Sungai Imam yang berminat. Kelas menaip diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Imam........ baca seterusnya
24 September 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 23 september 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Imam telah membuka ruang kepada penduduk Sungai Imam tidak kira umur untuk sama-sama mengikuti latihan ICT Microsoft Word....... baca seterusnya
18 September 2017 | Aktiviti Terkini
‘Hello it’s me’ merupakan satu latihan asas ICT pertama yang diberikan kepada para peserta pusat internet 1 Malaysia. Latihan ini merupakan latihan berbentuk pengenalan asas tentang PC dan CPU ........ baca seterusnya
16 September 2017 | Aktiviti Terkini
‘Find me’ merupakan latihan pertama yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam semenjak dibuka secara rasmi pada 29 ogos lalu. Find me ini adalah satu bentuk latihan e-learning yang dibuka untuk semua peringkat umur khususnya mereka yang berada di sekolah rendah dan sekolah menengah......... baca seterusnya
16 September 2017 | Aktiviti Terkini
‘Find me’ merupakan latihan pertama yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam semenjak dibuka secara rasmi pada 29 ogos lalu. Find me ini adalah satu bentuk latihan e-learning yang dibuka untuk semua peringkat umur khususnya mereka yang berada di sekolah rendah dan sekolah menengah......... baca seterusnya
14 September 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 13 september, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah menganjurkan aktiviti bertemakan kemerdekaan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan yang masih berbaki. Aktiviti yang dijalankan dinamakan aktiviti Negaraku yang mana melibatkan 10 peserta daripada Sekolah Rendah Sungai Imam. Intipati aktiviti tersebut adalah mengkehendaki para peserta untuk mengisi nama-nama negeri di dalam peta Malaysia yang diberikan......... baca seterusnya