Hello, Its Me! (Basic Ict: Intro To Pc & Cpu)
18 September 2017 | Aktiviti Terkini‘Hello it’s me’ merupakan satu latihan asas ICT pertama yang diberikan kepada para peserta pusat internet 1 Malaysia. Latihan ini merupakan latihan berbentuk pengenalan asas tentang PC dan CPU yang rata-rata para peserta tidak biasa dengan item-item di dalam PC melainkan mereka mempunyai komputer riba atau komputer meja di rumah masing-masing. Latihan dilakukan di bilik latihan pusat internet 1 malaysia Sungai Imam dengan dua sesi. Sesi pertama bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi dan sesi kedua diteruskan pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Objektif latihan ini dilakukan adalah untuk membiasakan para peserta dengan item-item yang terdapat didalam computer atau PC selain memberi pendedahan bagaimana cara memasang kabel dari PC ke CPU. Sesi latihan dimulakan dengan sesi pengenalan diri para peserta dan seterusnya diisi dengan penerangan tentang item-item yang terdapat dalam PC dan tayangan video tentang cara-cara memasang kabel dengan ringkas dari monitor ke CPU. Sesi kedua bermula dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang juga dilakukan dengan tentatif yang sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: