Welcome To Word [Microsoft Office: Intro To Microsoft Word]
24 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 september 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Imam telah membuka ruang kepada penduduk Sungai Imam tidak kira umur untuk sama-sama mengikuti latihan ICT Microsoft Word yang dilakukan di bilik latihan PI Sg Imam. Sambutan sangat menggalakkan terutama daripada pelajar sekolah yang terdiri daripada sekolah rendah juga sekolah menengah. Objektif latihan ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah dan memperkasakan lagi kemahiran dalam menggunakan Microsoft Word bagi mereka yang sudah mempunyai asas.
Latihan dimulakan pada pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang yang mana berlangsung selama tiga jam. Sesi pada hari itu telah di hadiri seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah. Sesi latihan pada hari itu dimulakan dengan memberi sedikit maklumat tentang fungsi Microsoft Word dan keperluan mereka untuk tahu menggunakan Microsoft Word. Sesi diteruskan dengan membenarkan mereka membuka Microsoft Word di PC masing-masing dan mengalami sendiri pengalaman menggunakannya mengikut tunjuk ajar daripada tenaga pengajar pada hari itu.
Antara yang di dedahkan kepada mereka adalah cara menggunakan item-item didalam insert contohnya membuat jadual, menggunakan shapes untuk mewujudkan pelbagai bentuk yang dikehendaki dan cara mewujudkan muka surat dalam setiap kertas. Didedahkan juga kepada design untuk mewujudkan page border, watermark dan page color. Begitu juga bahagian layout, para pelajar juga diberi pendedahan tentang bagaimana memilih layout yang dikehendaki ketika membuat kerja dalam Microsoft Word. Selepas itu para pelajar diminta menulis petikan yang diberikan dalam Microsoft Word. Pelajar diarahkan meniru keseluruhan petikan dan mereka kena mengaplikasikan setiap item yang telah diajar sebelum ini. Ini untuk memberi menguji kefahaman mereka tentang bagaiman item-item dalam Micosoft Word itu digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: