Blank Space [Microsoft Office: Kelas Menaip]
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia sempat mengadakan latihan ICT (Microsoft Office: Kelas menaip) kepada penduduk Sungai Imam yang berminat. Kelas menaip diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Imam bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk melatih dan membiasakan para peserta menggunakan Microsoft Word untuk kerja-kerja menaip. Disamping itu kelas ini juga membantu para peserta yang mengikuti kelas ini untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka menaip dari segi kepantasan dan kekemasan.
Sesi latihan menaip ini dimulakan dengan mengimbas kembali sesi latihan ICT sehari sebelumnya iaitu kelas asas Microsoft Word bagi mereka yang telah mengikutinya dan memberi penerangan ulangan bagi mereka yang baru memasuki kelas pada hari ini. Selesai sesi penerangan, kelas diteruskan dengan mengajar para peserta tentang fungsi-fungsi papan kekunci bagi memudahkan mereka menggunakannya secara berkesan ketika menaip.
Selesai sesi penerangan dan pembelajaran, sesi praktikal di mulakan dengan meminta para peserta meniru teks yang dipaparkan di layar skrin dan menaip semula di dalam Microsoft Word. Disini para peserta akan menggunakan segala pengetahuan mereka sebelum ini untuk menulis benda yang sama seperti yang dipaparkan di layar skrin. Selesai sesi praktikal, teks yang ditaip para peserta akan di periksa untuk dibetulkan agar mereka lebih faham dan ingat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: