Colour My Life [E-Learning-Colouring Using Online Apps]
30 September 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning di Pusat Internet 1 Malaysia kembali mengambil tempat pada minggu terakhir bulan September. Kelas E-Learning kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi atas talian yang para peserta boleh rujuk dan gunakan. Aplikasi atas talian yang didedahkan kali ini kepada para peserta ialah tentang aplikasi mewarna yang boleh digunakan untuk mewarna. Kelas diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Sesi latihan dimulakan dengan sesi pengenalan diri oleh para peserta dan tenaga pengajar. Seterusnya tenaga pengajar mula mengimbas kembali tentang E-Learning yang pernah diajar sebelum ini dan mengulang kembali tentang E-Learning kepada mereka yang pertama kali mengikuti sesi ini. Dalam sesi ini sedikit sesi soal jawab dilakukan antara tenaga pengajar dan para peserta. Selesai sesi soal jawab, tenaga pengajar mula membuka aplikasi atas talian dan memaparkan di layar skrin untuk memulakan sesi E-Learning.
Kaedah mewarna mula ditunjukkan oleh tenaga pengajar dan para peserta di mohon beri perhatian sebelum mereka dikehendaki melakukan sendiri kemudian. Selepas sedikit tunjuk ajar oleh tenaga pengajar, para peserta mula dikehendaki membuka aplikasi tersebut seperti mana ditunjukkkan oleh tenaga pengajar. Kemudian sesi mewarna dimulakan. Para peserta yang dilihat dapat menghabiskan sesi mewarna dengan kemas dan cepat diberi sedikit saguhati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: