Saying Good About Me [E-Learning: PI Short Essay]
1 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniMinggu terakhir bulan September, Pusat Internet 1 Malaysia Sg Imam telah menganjurkan kelas E-Learning sekali lagi dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah. Kelas tersebut ialah kelas ‘Saying Good About Me’ yang mana mengkehendaki para peserta yang terlibat membuat esei pendek tentang faedah kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia di kawasan mereka. Objektif kelas ini dijalankan adalah untuk menunjukkan keberkesanan positif kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Sg Imam kepada mereka.
Kelas dijalankan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sg Imam bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. Sebanyak 10 orang peserta yang ikut serta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah berhampiran. Sesi dimulakan dengan memberi sedikit imbasan tentang apa itu E-Learning sebelum dilanjutkan dengan meminta para peserta bersedia untuk memulakan esei pendek tentang faedah Pusat Internet 1 Malaysia kepada mereka.
Para peserta diberi satu jam untuk mengarang karangan pendek dan dalam masa itu mereka dibenarkan untuk mencari informasi dan maklumat mengenai Pusat Internet 1 Malaysia melalui internet sebagai praktikal kepada proses E-Learning itu sendiri. Syarat yang dikenakan untuk karangan pendek itu adalah mengkehendaki para peserta untuk menyatakan empat isi penting dan sedikit huraian. Selesai satu esei pendek, setiap peserta dikehendaki untuk ke hadapan dan membentangkan empat isi penting yang terdapat dalam esei mereka. Markah akan dinilai dari aspek esei yang mereka karang berserta persembahan mereka dalam melakukan pembentangan di hadapan para peserta yang lain.
Tempat pertama : Nurasdila Binti Hassan
Tempat kedua : Nurul Amira Binti Jufri
Tempat ketiga : Aizam Rusyaidi Bin Tahang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: