Deepavali Kolam
19 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan sambutan perayaan Deepevali iaitu pada 18 Oktober 2017 pihak Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Imam berkesempatan mengadakan satu pertandingan iaitu pertandingan mewarna kolam. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan kaum India untuk menunjukkan Malaysia negara yang aman harmoni dengan berbilang kaum. Pertandingan ini jalankan pada pukul 2.15 Petang hingga 3.30 Petang yang melibatkan seramai 13 orang peserta yang mengambil bahagian. Peserta diuji dengan mewarnakan jenis-jenis gambar kolam yang berbeza bagi memeriahkan lagi pertandingan dengan hiasan dan lukisan warna-warna yang menarik mengikut tema sambutan iaitu Pesta Cahaya.
Pertandingan ini dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia. Para peserta diberi masa selama satu jam lima belas minit untuk mewarnai gambar kolam mereka. Setelah masa telah tamat penilaian akan dilakukan. Pemenang diniai berdasarkan kekemasan dan kreatif mewarna.Pihak PI sepakat untuk memilih tiga orang pemenang dan tiga orang lagi pemenang untuk sagu hati berikutan sambutan yang menggalakkan dan kehebatan peserta-peserta dalam mewarna. Pemenang diumumkan pada hari tersebut. Nama-nama berikut merupakan pemenang.
- Tempat pertama : Aliff Aiman Bin Alcaf
- Tempat kedua : Shahnizar Bin Effendy
- Tempat ketiga : Adam Hakimi Bin Abdullah
- Sagu Hati Pertama : Ikhwan Bin Assan
- Sagu Hati Kedua : Aisyah Umairah
- Sagu Hati Ketiga : Akmal
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: