Find Me! [E-Learning: Word Search]
16 September 2017 | Aktiviti Terkini‘Find me’ merupakan latihan pertama yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam semenjak dibuka secara rasmi pada 29 ogos lalu. Find me ini adalah satu bentuk latihan e-learning yang dibuka untuk semua peringkat umur khususnya mereka yang berada di sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan berbentuk e-learning ini dijalankan untuk memberi satu pendedahan awal kepada para peserta tentang apa itu e-learning dan cara mereka menyelitkan penggunaanya dalam urusan seharian mereka.
Sesi latihan e-learning dilakukan di bilik latihan secara dua sesi iaitu pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang dan diteruskan dengan sesi kedua pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang. Hal ini berikutan peserta yang melebihi 10 orang sementara ruangan latihan hanya boleh memuatkan 10 orang dalam satu sesi. Latihan e-learning dimulakan dengan perkongsian maklumat secara lisan kepada peserta tentang apa itu e-learning dan diteruskan dengan perkongsian melalui youtube bagi memberi gambaran yang lebih jelas. Lanjutan itu sesi juga dipenuhi dengan sesi soal jawab dua hala untuk memastikan kefahaman yang lebih mendalam tentang asas e-learning.
Setelah selesai sesi soal jawab, para peserta diberi gambaran dengan lebih jelas dengan memberi ruang kepada mereka mempraktikkan e-learning melalui permainan word search. Rentetan itu, program latihan e-learning ini dinamakan ‘Find me’ berikutan permainan yang akan mereka lakukan dalam sesi ini. Habis sahaja sesi pertama, sesi kedua dimulakan dengan tentatif yang sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: