Negaraku
14 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 september, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah menganjurkan aktiviti bertemakan kemerdekaan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan yang masih berbaki. Aktiviti yang dijalankan dinamakan aktiviti Negaraku yang mana melibatkan 10 peserta daripada Sekolah Rendah Sungai Imam. Intipati aktiviti tersebut adalah mengkehendaki para peserta untuk mengisi nama-nama negeri di dalam peta Malaysia yang diberikan. Objektif aktiviti ini dijalankan untuk menguji pengetahuan para peserta terhadap negeri-negeri yang ada di Malaysia selain Sabah yang mereka sedia maklum.
Aktiviti diadakan di ruangan utama Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam bermula dari pukul 12.30 hingga 1.00 tengahari. Selesai para peserta menjawab kesemua soalan, kertas jawapan dikutip untuk dinilai bagi mencari peserta yang menjawab terbanyak jawapan yang betul. Nilai markah yang tertinggi akan di pilih sebagai Johan dan seterusnya naib johan dan tempat ketiga. Para pemenang aktiviti Negaraku ialah:
- Tempat pertama : Adam Hakimi
- Tempat kedua : Ain Nur Alya Ash Farhana binti Helmie
- Tempat ketiga : Muhammad Adib Naim bin Sundu
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: