Sehati Sejiwa
16 September 2017 | Aktiviti TerkiniSehari sebelum Hari Malaysia diraihkan, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam turut bersama-sama meraihkan hari bersejarah tersebut dengan mengadakan pertandingan mewarna poster 1 Malaysia sehati sejiwa. Pertandingan ini diadakan di ruangan utama pusat internet 1 Malaysia yang disertai oleh lebih kurang 24 orang yang kebanyakannya terdiri daripada murid Sekolah Rendah Sungai Imam. Objektif aktiviti ini dilakukan adalah untuk menyemai semangat perpaduan di antara pelbagai kaum yang wujud di Malaysia dan gambaran itu dapat dilihat daripada gambar poster yang diberikan kepada para peserta.
Aktiviti bermula pada pukul 11.30 pagi selepas sahaja habis sesi persekolahan, dan mengambil masa sekitar satu jam sebelum sesi penilaian dilakukan. Selesai sahaja pada pukul 12.30 tengahari, para peserta dikehendaki menghantar poster yang sudah lengkap diwarna untuk dinilai oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada keceriaan, kekemasan dan kekreatifan para peserta mewarna poster yang diberikan. Selesai penilaian, tempat pertama seterusnya tempat kedua dan tempat ketiga diberikan hadiah. Tidak ketinggalan hadiah saguhati juga diberikan kepada tiga peserta yang terpilih.
- Tempat pertama : Aliff Aiman bin Alcaf
- Tempat kedua : Nur Hidayah Izzati binti Helmie
- Tempat ketiga : Ain Nur Alya Ash Farhana binti Mazalan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: