Speak English Aint Hard [Soft Skill: Public Speaking]
16 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 15 Oktober 20017 pihak PI telah mengadakan latihan Speak English Aint Hard (Soft Skill: Public Speaking) dengan menjemput.lokal fasilitator iaitu Miss NurSyamimi Saiyidah Binti Azlan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan Bahasa Inggeris, serta memupuk nilai murni dalam menyesuaikan Bahasa Inggeris seharian. Latihan ini juga turut meningkatkan keberanian peserta untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Kelas latihan ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia. Latihan ini diadakan dengan melibatkan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Latihan ini mengambil masa selama enam jam. Pada sesi pertama didahulukan dengan pengenalan diri daripada fasilitator dan mengambil kehadiran. Masa diisi dengan membuat perbincangan kumpulan, pembentangan dan penerangan dari fasilatator.
Banyak manfaat dan kebaikan dengan mengadakan kelas latihan tersebut. Diharap agar para peserta mengambil sepenuhnya ilmu pengetahuan dari fasilatator tersebut. Pada sebelah petang, perkara yang sama dilakukan pada sesi pertama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: