Think Twice [Digital Literacy: Maklumat Palsu]
09 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 08 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan Digital Literacy (Maklumat Palsu) untuk memberi pendedahan kepada penduduk Kg Sg Imam tentang kesan-kesan terhadap perkongsian maklumat palsu. Program ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet 1 Malysia Sungai Imam pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 Pagi. Objektif program ini dilakukan adalah untuk memberi fahaman kepada penduduk tentang bahayanya berkongsi maklumat yang tidak pasti dan tidak sahih. Disamping itu, program ini turut melatih penduduk untuk menyeledik dan memeriksa terlebih dahulu berita-berita yang ingin dikongsi agar tidak berkongsi maklumat yang tidak betul untuk mengelak daripada menyebarkan khabar angin yang palsu.
Program ni dianggotai seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada golongan remaja dan belia.Program ini diberi keutamaan kepada golangan dewasa dan belia, hal yang demikian kerana kebanyakan pengguna internet ialah golongan remaja. Oleh yang demikian kegiatan mereka harus dipantau dan diberi fahaman yang sebetulnya supaya mereka tidak menyalahgunakan penggunaan internet. Di akhir sesi program, berlaku sesi soal jawab terhadap maklumat-maklumat yang kurang jelas justeru peserta di beri peluang untuk bertanyakan soalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: