Bengkel Fotografi Bersama PI Tawau
11 April 2018 | Aktiviti Terkini10 April 2018 lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Imam telah terlibat dengan bengkel fotografi bersama dengan semua PI yang terdapat di Tawau iaitu seramai 9 buah PI. Bengkel ini diadakan di PI PPR Sri Titingan, Tawau bermula pukul 9.30 pagi sehingga pukul 4.00 petang. Bengkel fotografi di ketuai oleh Penolong Pengurus PI PPR Sri Balung, Fadwan Dean Hakim dan Penolong Pengurus PI PPR Sri Titingan Abdul Rahman Suni. Mereka mengendalikan bengkel fotografi ini kerana mereka mempunyai keparakan dalam bidang ini di samping sering menjadi juru gambar professional di majlis-majlis tertentu.
Sepanjang sesi bengkel, mereka berkongsi pelbagai ilmu fotografi termasuk cara menggunakan kamera DSLR dan aksesori yang bersesuaian dengan tuntutan tempat dan lokasi. Selain itu, sesi juga di penuhi dengan sesi praktikal di mana setiap pengurus dan penolong pengurus di beri peluang mempraktikkan sendiri cara-cara mengambil gambar dan akan di bantu untuk memastikan gambar yang diambil betul dan akan menghasilkan gambar yang cantik. Sesi soal jawab jugak dibuka untuk menanyakan jika ada sebarang pertanyaan atau kemushkilan tentang apa-apa yang berkaitan dengan fotografi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: