dikendalikan oleh TM
MCMC
Sungai Imam, Sabah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Chinese New Year Lantern

11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah menganjurkan aktiviti berbentuk E-Learning sempena Tahun Baru Cina yang lepas. Latihan diadakan didalam bilik latihan bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Objektif latihan ini dilakukan adalah ingin mengeluarkan kekreatifan para peserta yang mengikuti untuk membuat tanglung dengan hanya merujuk kepada youtube dan gambar sahaja. PI hanya menyediakan bahan-bahan asas sahaja kepada para peserta dan peserta digalakkan untuk membawa sebarang bahan tambahan untuk menghias tanglung masing-masing.

Sepanjang aktiviti dapat dilihat semangat kerjasama antara mereka ketika mana mereka rela berkongsi bahan dan idea untuk menghias tanglung masing-masing. Disamping itu juga para peserta dibenarkan untuk membuat rujukan di youtube untuk mencari idea-idea yang ingin mereka tambah kepada tanglung-tanglung mereka. Akhir sekali, hasil tanglung buatan sendiri mereka telah dijadikan hiasan d ruang utama PI Kampung Sungai Imam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2017 Semua Hakcipta Terpelihara.