Jelajah Ict 1.0 Smk Balung Tawau
14 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 13 febuari 2017 bersamaan hari selasa, pihak PI telah mengikuti program yang diadakan bersama dengan PI lain di daerah Tawau iaitu Program Jelajah Ict: Advokasi Klik Dengan Bijak bertempat di Smk Balung Tawau. Program ini berlangsung pada pukul 1.30 petang hingga pukul 5.30 petang yang menempatkan seramai 170 orang murid tingkatan 1. Sebelum program dimulakan, peserta telah diberi sedikit input tentang etika penggunaan internet sekaligus mempromosikan perkhidmatan PI yang disediakan.
Program dimulakan dengan pengenalan tentang Pusat Internet 1 Malaysia yang disampaikan oleh pengurus PI PPR Taman Sri Apas iaitu Puan Arifah Binti Adon. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk menyampaikan informasi kepada pelajar tentang kemudahan-kemudahan dan kebaikan yang disediakan di PI. Setelah selesai program diteruskan lagi dengan pengenalan tentang Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Encik Darwan iaitu Pengurus PI PPR Taman Sri Balung. Antara isi kandungan yang telah disampaikan oleh beliau ialah Buli Siber dan juga Berkongsi Secara Berlebihan. Hal yang demikian, sekiranya berlaku kepada pelajar, apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bagi aktiviti seterusnya, peserta diberikan latihan secara berkumpulan iaitu Telefon Rosak dan juga Pop Kuiz. Tujuan ia diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsi idea dan juga kerja berpasukan untuk mengupas dan mengumpul maklumat yang diberikan kepada mereka. Diakhir aktiviti peserta diberikan soalan kuiz dan permainan dalam kumpulan. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan juga cenderahati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: