Terokai Dunia Perniagaan Digital (E-Usahawan)
15 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 julai yang lepas, Pusat Intenet Kg Sg Imam berkolaborasi bersama dengan usahawan Pusat Internet Kg Sg Imam untuk mengadakan bengkel keusahawanan yang bertajuk Terokai Dunia Perniagaan Digital (e-usahawan). Bengkel ini dikelolah sendiri oleh usahawan pertama pusat internet Kg Sg Imam iaitu Puan Ernawaty Sainuddin selepas beliau berjaya mendapatkan sijil kelayakan sebagai pelatih yang berkelulusan di bawah MDEC. Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.
Peserta yang hadir terdiri daripada ushawan-usahawan kecil sekitar Kg Sg Imam yang menjalankan perniagaan tanpa menggunakan mana-mana platform sosial media. Mereka terdiri daripada mereka yang berumur seawall 20 tahun sehingga akhir 40-an. Mereka berminat mengikuti bengkel ini kerana percaya Puan Ernawaty dapat membantu mereka mengembangkan bisnes mereka terutama yang berkaitan dengan cara menambah jumlah pelanggan melalui social media.
Sepanjang 1 hari bengkel berlangsung, pelbagai pengisian yang diberikan oleh Puan Ernawaty. Antaranya adalah membantu para usahawan mewujudkan halaman business perniagaan mereka melalui Facebook dan juga Instagram. Selain membantu mewaujudkan dua platform ini, mereka juga didedahkan dengan cara dan tips untuk memastikan halaman yang mereka wujudkan itu mendapat pengetahuan oleh mereka yang berpotensi menjadi pelanggan produk mereka. Dalam pada itu, peserta juga didaftarkan di laman sesawang eusahawan oleh Puan Ernawaty. Akhir bengkel ini juga, setiap peserta yang menyertai diberikan sijil penyertaan daripada MDEC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: