Fix Me Up
3 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan satu bentuk aktiviti yang dinamakan fix me up didalam bilik latihan bersama dengan pelajar sekolah berhampiran. Objektif aktiviti kali ini dilakukakan adalah untuk menguji kepekaan para peserta tentang PI dan kemudahan yang disediakan oleh PI. Aktiviti ini mengkehendaki para peserta untuk menyusun kembali perkataan-perkataan yang telah diterbalikkan kepada perkataan yang betul.
Aktiviti ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit sahaja dan disertai oleh lebih kurang 7 orang peserta sahaja yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi masa selama 1 jam untuk menyusun perkataan yang telah diterbalikkan dan peserta yang selesai menyiapkan semua perkataan dikehendaki mengangkat tangan dan menghantar kertas jawapan mereka. Peserta yang berjaya mendapat tempat ialah:
Tempat Pertama: Mohammad Haikal
Tempat Kedua: Nursyazwani
Tempat ketiga: Nurkhadijah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: