Program Advokasi Kdb Bersama Kem Aspirasi Pelajar
22 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2018 yang lalu, beberapa Pusat Internet di daerah Tawau telah mengadakan satu program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersempena dengan Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku. Kem tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan Bahagian Tawau. Seramai 70 orang peserta yang mewakili beberapa sekolah menengah di daerah Tawau seperti SMK Tawau, SMK Abaka, SMK Kinabutan, SMK Convent, SMK Jalan Apas dan SMK Kuhara. Para urusetia yang terlibat merupakan kakitangan Jabatan Penerangan dan dibantu oleh guru-guru pengiring daripada setiap sekolah yang terlibat.
Advokasi Klik Dengan Bijak ataupun KDB kali ini menfokuskan tentang beberapa isu yang berkait rapat dengan para remaja khususnya pelajar sekolah. Antaranya ialah Buli Siber, Cyber-grooming dan juga Oversharing. Sesi pengenalan Pusat Internet menjadi pembuka slot ceramah pada hari itu. Antara pengisian pengenalan PI adalah seperti Objektif PI, perkhidmatan, aktiviti serta diselitkan juga penerangan tentang Facebook Page Menarik Di Tawau. Setelah itu, slot ceramah diteruskan dengan pengenalan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah didedahkan dengan 3 teras KDB iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab.
Di samping itu, sesi penerangan tentang Buli Siber, Cyber-grooming dan juga Oversharing dijalankan dengan selingan video dan juga soalan antara peserta dan penceramah. Sepanjang slot ceramah berlangsung, kerjasama yang diberikan daripada pihak urusetia dan peserta adalah amat baik. Para peserta dengan sukarela menjawab semua soalan yang diajukan kepada mereka tanpa perlu disuruh dan mereka juga menerima cenderahati atau “goodies” atas keberanian mereka menjawab soalan. Usai slot ceramah, pihak penganjur telah memberikan sijil penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga Pusat Internet atas kesudian menerima jemputan sebagai penceramah.
Konklusinya, program kerjasama yang melibatkan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) seperti ini wajar diadakan kerana banyak pengisian KDB yang sesuai dengan golongan kanak-kanak dan remaja khususnya. Oleh itu, penyampaian maklumat berkenaan keselamatan dalam menggunakan Internet dapat disampaikan secara terus, Semoga usaha yang dilakukan dapat mengurangkan jenayah siber yang semakin berleluasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: