dikendalikan oleh TM
MCMC
Sungai Imam, Sabah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lawatan Mcmc & Pos Malaysia Tawau

31 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Setelah di maklumkan Pusat Internet Kg Sg Imam dilantik sebagai ejen berdaftar Pos Malaysia, pada 30 julai yang lepas, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan pihak Pos Malaysia Tawau telah membuat satu lawatan ke Pusat Internet Kg Sg Imam untuk melihat perkembangan proses pengoperasian Pos Malaysia di Pusat Internet Kg Sg Imam. Pihak MCMC diwakili oleh Encik Iskandar King, Encik Firman Alias dan Encik Syahruddin Muhd Saleh. Manakala Pos Malaysia Tawau diwakili oleh Encik Haji Sani Baturi, Puan Jurina Abdul Wahab dan Puan Asniyah Ahmad.

Sesi lawatan di isi dengan pihak MCMC yang melihat sendiri perkembangan pengoperasian Pos Malaysia di Pusat Internet Kg Sg Imam dan perbincangan serta pembentangan daripada pihak Pusat Internet tentang isu-isu yang wujud sepanjang empat bulan lantikan sebagai ejen berdaftar Pos Malaysia. Sepanjang sesi perbincangan antara pihak MCMC, Pos Malaysia dan Pusat Internet sendiri, pelbagai penambahbaikan yang diutarakan oleh semua pihak untuk memastikan pengoperasian selepas ini akan lebih teratur dan berjalan lancar. Sesi lawatan mengambil masa lebih kurang dua jam tiga puluh minit bermula sekitar pukul 3.00 petang berakhir sekitar pukul 5.30 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2017 Semua Hakcipta Terpelihara.