Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018
9 April 2018 | Aktiviti Terkini08 April 2018, Crew Produksi Menarik di Tawau terlibat Program Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018. Antara keunikannya Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018 adalah sebuah program pertembungan budaya di daerah Tawau dan kawasan sekitarnya. Secara Umumnya, Tawau adalah tempat bersejarah yang belum pernah diterokai dan menjadi suatu rahsia kepada penduduk luar sana. Kepelbagaian rahsia ini menjadi daerah Tawau satu tempat yang seharusnya menjadi tarikan kepada Pengunjung mahupun Pelancong.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Tawau ini memberi ruang dan juga peluang kepada masyarakat untuk memperkenalkan suku kaum yang terdapat di daerah Tawau dan sekitarnya dan juga meningkatkan sektor ekonomi di Tawau. Disebelah Pagi, Pihak Produksi menemu ramah beberapa komuniti yang terlibat untuk mengetahui tujuan dan juga objektif Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018 itu diadakan.
Selain itu juga Pihak Crew Produksi dapat beramah mesra dengan masyarakat sekaligus memperkenalkan Halaman Facebook kami yang telah lama wujud yang membawa objektif mempersadakan budaya di daerah masing-masing dipersada dunia. Selain itu, Dapat mengambil sedikit maklumat dan menemu-bual Ketua ketua persatuan tentang kebudayan mereka.
Program Festival kebudayan Antarabangsa Tawau 2018 ini menemui kemuncak pada malam hari yang menampilkan kepelbagaian suku kaum yang belum pernah menjadi pengetahuan kepada kita. Harapan Pihak Crew Produksi kepada masyarakat agar sentiasa menyokong dan mengembling tenaga dan idea untulk mempromosikan lagi budaya budaya yang terdapat di daerah Tawau. Krew Menarik Di Tawau juga berharap agar Program seumpama ini diteruskan untuk Membudayakan budaya kita dimata dunia. Tanpa budaya tiadalah adat, tanpa kita melestarikan kebudayaan itu maka hilanglah ia ditelan dek zaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: