Open Day 2018 Pi Kg Sg Imam
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 disember lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan hari terbuka buat pertama kali selepas 1 tahun 3 bukan beroperasi secara rasmi sejak tahun 2017 lepas. Hari terbuka di pilih untuk dilakukan pada 9 disember lepas iaitu pada hari ahad kerana ingin meraihkan semua penduduk kampung yang sedang bercuti di samping musim cuti sekolah juga telah bermula. Hari terbuka bermula sekitar pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
Di sepanjang hampir 5 jam hari terbuka berlangsung, pelbagai aktiviti dan permainan yang di lakukan bersama hadirin yang hadir antanya kuiz ict menggunkan Kahoot.com, pertandingan mewarna, sukaneka tiup tepung, sukaneka makan maggi pedas & makan tembikai, sukaneka straw dan getah dan tidak ketinggalan meraihkan hadirin dengan beberapa cabutan bertuah. Pada hari terbuka pada hari itu, Pusat Internet Kg Sg Imam dibanjiri hampir 80 orang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan golongan ibu bapa.
Majlis hari terbuka PI Kg Sg Imam juga di hadiri oleh tetamu jemputan iaitu pengerusi Kelab Rukun Tetangga Kg Sg Imam sendiri iaitu En Paimin Paidi dan juga wakil daripada pihak MCMC cawangan Tawau, iaitu En Firman Alias. Majlis di tutup dengan penyampaian hadiah untuk setiap pemenang bagi setiap permainan dan pertandingan dan sesi bergambar bersama pihak tetamu jemputan yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: