dikendalikan oleh TM
MCMC
Sungai Imam, Sabah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kdb [Online Grooming]

10 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan satu latihan tentang klik dengan bijak kepada para pelajar sekolah rendah Kampung Sungai Imam tentang online grooming yang mana memberi pengetahuan tentang cara menguruskan diri mereka ketika menggunakan internet atau berhubung dengan orang orang yang tidak dikenali melalui atas talian. Latihan diadakan didalam bilik latihan bermula dari pukul 1.00 petang sehingga 5.00 petang. Objektif latihan ini dilakukan terutamanya kepada pelajar sekolah rendah adalah untuk memberi mereka kesedaran akan bahaya pengaruh internet jika tidak diuruskan dengan baik oleh setiap pengguna yang menggunakannya.

Disamping itu, latihan ini juga bukan sekadar melibatkan komunikasi sehala bahkan memberi peluang kepada para peserta untuk menceritakan setiap pengalaman mereka dalam menggunkan internet. Selepas selesai sesi perkongsian, PI meminta mereka membentangkan sedikit tentang apa yang mereka dapat daripada perkongsian yang telah dilakukan oleh PI tentang online grooming kepada mereka. Pembentangan yang mereka lakukan sedikit sebanyak memberi refleksi tentang kefahaman mereka akan kepentingan menguruskan diri mereka sendiri ketika menggunkan internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2017 Semua Hakcipta Terpelihara.