dikendalikan oleh TM
MCMC
Sungai Imam, Sabah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Beat The Time (Typing Test)

15 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Imam telah mengadakan satu pertandingan menaip yang dinamakan beat the time didalam bilik latihan bersama dengan pelajar sekolah berhampiran. Objektif aktiviti kali ini dilakukakan adalah untuk menguji ketangkasan para peserta menaip dengan laju melawan masa yang telah ditetapkan iaitu selama lima minit setiap sesi. Pertandingan ini dilakukan dalam tiga sesi berturut-turut dan setiap sesi memakan masa lebih kurang lima minit sahaja.

Aktiviti ini dijalankan menggunakan aplikasi atas talian yang dikenali sebagai typingtest.com. Dalam aplikasi ini, ia menyediakan beberapa perenggan untuk para peserta taip semula didalam ruang yang disediakan dan apabila masa ditetapkan selama lima minit habis, aplikasi akan menutup ruangan menaip danjumlah kesalahan yang dilakukan berserta jumlah karakter yang berjaya ditaip akan dikeluarkan. Dari situ peserta dapat melihat kesalahan-kesalahan ejaan yang telah mereka lakukan dan dalam masa yang sama mereka dapat melihat jumlah markah yang berjaya mereka kumpul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2017 Semua Hakcipta Terpelihara.