Gotong Royong Salam Lebaran 1439H

11 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena hari raya yang bakal tiba, Pusat Internet Kg Sg Imam juga turut bersama-sama menghidupkan semangat raya di dalam Pusat Internet. Oleh yang demikian, Pusat Internet bersama-sama dengan ahli Pusat Internet yang lain bersama-sama membersihkan kawasan dalam dan luar bangunan. Bagi kawasan luar bangunan Pusat Internet ahli-ahli Pusat Internet membersihkan kawasan parit dan longkang dari sebarang kotoran yang tersumbat manakala bagi kawasan dalam, Pusat Internet dihiasi dengan pelbagai bentuk dan warna ketupat yang di buat sendiri daripada reben plastik.

Selain itu, Pusat Internet juga dihisasi dengan hiasan sampul duit raya yang pelbagai saiz dan corak di dinding-dinding kosong di dalam Pusat Internet. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali