Sambutan Raya Pusat Internet Kg Sg Imam

01 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan syawal yang masih berbaki, Pusat Internet Kg Sg Imam tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraihkan sambutan bulan syawal bersama dengan pengunjung dan ahli Pusat Internet pada 30 June lepas. Hari sabtu di pilih kerana menuntut kelapangan masa para penggunjung dan juga petugas Pusat Internet. Sepanjang hari itu pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan pengunjung yang hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya.

Pengunjung yang hadir juga diminta untuk mengenakan baju hari raya dan dialu-alukan membawa juadah ringan untuk sama-sama dikongsi dengan pengujung yang lain. Aktiviti dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna poster hari raya dan kad ucapan raya, pertandingan karaoke raya, pertadingan meneka menu raya, pertandingan ucapan raya paling kreatif dan pertandingan merasa kuih tradisional lokal raya dan meneka nama kuih tersebut.

Sepanjang sesi, lagu raya juga turut diputarkan untuk membangkitkan semangat raya yang masih berbaki. Setiap aktiviti yang dianjurkan, hadiah berbentuk makanan dan cenderahati turut diberikan kepada pengunjung yang berjaya memenangi setiap pertandingan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang untuk meraihkan hari raya bersama namun ia turut memberi peluang untuk petugas Pusat Internet beramah mesra dengan lebih rapat lagi dengan pengunjung yang banyak memberi sokongan kepada Pusat Internet Kg Sg Imam sejak mula beroperasi pada tahun 2017 lepas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali