Siri Jelajah Sebenarnya .My (Tidak Pasti Jangan Kongsi)
07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini06 Mei 2018, Siri Jelajah: Sebenarnya.My #Tidakpastijangankongsi telah diadakan bertempat di PPR Taman Sri Apas. Antara objektif yang ingin disampaikan didalam program yang telah dijalankan ini adalah mempromosikan Aplikasi yang dibawakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk memberi pendedahan kepada warga Tawau mengenai Kuasa Viral sememangnya ada kebaikan dan keburukkan tersendiri.
Sebenarnya.my adalah sebuah aplikasi yang berfungsi sebagai Pusat sehenti bagi komuniti untuk mengetahui kesahihan sesuatu isu-isu viral. Dengan adanya aplikasi ini, Komuniti boleh menyemak kesahihan berita yang menjadi tular dilaman sosial tidak kira di laman muka buku mahupun laman aplikasi Whatsapp, Telegram, Wechat dan pelbagai lagi. Program yang berlansung memberikan Komuniti pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan serta memberi segala pendedahan kepada mereka.
Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pada progam ini adalah sukan-sukan rakyat, sukaneka, Kuiz & pelbagai lagi. Tidak ketinggalan juga cabutan bertuah disediakan dan pelbagai Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang dan Hadiah utama yang disediakan adalah sebuah Motorsikal menjadi rebutan. Selain itu juga, pelbagai barangan Elektrik serta Telefon bimbit menjadi taruhan kepada pemenang bertuah.
Pihak SKMM dengan kerjasama Pusat Internet telah menyediakan kaunter pertanyaan dimana Warga yang ingin mendownload aplikasi tersebut secara terus dan memberitahu akan kegunaan aplikasi tersebut. Peluang beramah mesra ini dapat memberikan kebaikan kepada warga untuk mempromosikan APPs tersebut sekaligus memperkenalkan Pusat Internet yang ada di daerah Tawau. Yang Berusaha Encik Mazlan Othman Pengarah Wilayah Sabah & Persekutuan Labuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengunjungi Khemah SKMM & Pusat Internet. Untuk pengetahuan, Program Siri Jelajah: sebenarnya.my ini telah berkerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau, RTM Tawau agensi-agensi terlibat serta banyak lagi.
Program ini memberi harapan kepada masyarakat untuk mengurangkan lagi aduan-aduan mengenai isu-isu yang menjadi tular dilaman sosial dan masyarakat dinasihatkan agar tidak menerima Bulat-bulat sesuatu isi kandungan atau berita itu sebelum mendapat kesahihannya. Dengan adanya aplikasi ini diperkenalkan diharapkan pengurangan aduan yang bakal diterima oleh Pihak MCMC. Serta dengan aplikasi ini orang ramai lebih berwaspada dalam berkongsi sesuatu berita atau isu-isu yang sensitive yang boleh mengancam individu mahupun Negara. Kongsi dengan bijak. Warga yang bijak mampu mengubah sebuah institusi menjadi institusi yang membangun serta melahirkan generasi yang bijak pandai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: