Kahoot.Com (Sayangi Malaysiaku)

09 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September yang lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam telah mengadakan latihan tentang websites yang biasa dan kerap dikunjungi oleh golongan pelajar untuk mencari maklumat sekolah. Antara websites yang menjadi pilihan untuk diberikan latihan pada sesi kali ini ialah website Frog vle dan Kahoot.com. Dua pilihan websites ini dipilih untuk memastikan para pelajar lebih mudah untuk mengakses dan membuat ulangkaji setiap kali mereka perlukan. Bagi Frog vle, latihan dimulakan dengan memberi tunjuk ajar cara-cara untuk mencari Frog vle di ‘search engine’ sebelum di berikan tunjuk ajar cara untuk log masuk ke websites tersebut menggunakan kata kunci yang telah diberikan oleh sekolah masing-masing.

Setelah selesai sesi latihan untuk Frog vle, latihan diteruskan dengan memberi pendedahan websites baru bagi pelajar yang hadir iaitu Kahoot.com. Kahoot.com merupakan websites yang boleh diakses oleh semua golongan termasuklah pelajar. Websites ini membantu tenaga pengajar khasnya untuk menjalankan kuiz secara interaktif. Namun para pelajar juga idak terkecuali jika ingin mewujudkan kuiz anatara pelajar. Oleh itu, PI megambil inisiatif untuk memberi pendedahan ini kepada mereka. Selesai sesi mengenalan dan cara-cara untuk mewujudkan akaun di Kahoot.com, sesi diteruskan dengan melakukan sedikit kuiz menggunakan Kahoot.com bertemakan hari kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali