Microsoft Power Point (Organisation Chart)
16 September 2018 | Aktiviti TerkiniLatihan ICT kali ini mengetengahkan cara ringkas dan mudah untuk membuat carta organisasi kepada para pelajar untuk tujuan pembentangan mahu pun hiasan kelas sahaja. Kelas dihadiri sekitar 10 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan kelas berlangsung selama lebih kurang 3 jam. Kelas bermula daripada pukul 2.00 petang berakhir sekitar pukul 5.00 petang.
Seperti biasa, kelas ict dijalankan di bilik latihan PI Kg Sg Imam. Kelas dimulakan dengan meminta para pelajar yang hadir untuk mengambil tempat masing-masing mengikut keselesaan mereka. Para peserta diterangkan serba sedikit tentang pengisian kelas ICT selama 3 jam kehadapan dan penjelasan secara teori turut diberikan.
Setelah mereka jelas akan perjalanan kelas, mereka diminta untuk untuk mula membuka Microsoft power point dan sesi pengajaran secara praktikal dimulakn sehingga lengkap satu carta organisasi yang di arahkan untuk dihasilkan. Selesai membuat carta organisasi, pelajar yang hadir akan diminta untuk membentangkan hasil yang mereka siapkan untuk ditunjukkan kepada yang lain dan dalam masa yang sama aktiviti ini bertujuan untuk menambah keyakinan para pelajar untuk berani kehadapan dan bersuara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: