Bengkel Keusahawanan: Video Making (Low Cost Tanjung Batu)
16 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2018 (Selasa), telah berlangsung satu lagi kelas Bengkel Keusahawanan Video (Basic Kamera DLSR) khas untuk Pengurus Pusat Internet sekitar Tawau. Objektif utama kelas ini adalah untuk optimumkan penggunaan kamera DLSR yang telah dibekalkan kepada Pusat Internet. Selain itu, bengkel ini juga diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada setiap pengurus Pusat Internet berkenaan cara-cara untuk menghasilkan video yang menarik menggunakan kamera DLSR. Visi kelas ini adalah menjurus kepada video keusahawanan dan menjalankan praktikal.
Bermula seawal pukul 9.00 pagi, ketibaan Pengurus Pusat Internet sekitar Tawau dan seterusnya hidangan juadah sarapan pagi disediakan. Tepat pukul 10.00 pagi, acara ini dimulakan dengan menerangkan secara ringkas tentang timeline yang bakal pengurus Pusat Internet lakukan sepanjang hari itu yang disampaikan oleh Encik. Abdul Rahman Suni iaitu Pen. Pengurus Pusat Internet PPR Taman Sri Titingan bersama En. Fadzwandean Bin Hakim iaitu salah satu pen. Pengurus Pusat Internet PPR Taman Sri Balung. Kamera yang dibekalkan iaitu Kamera DSLR Nikon D3400 beserta Lensa 18-55mm. Sepanjang sesi menerangan itu, setiap pengurus Pusat Internet diberikan tugas masing-masing untuk dilakukan sepanjang sesi rakaman video usahwan dijalankan.
Sekitar pukul 10.30 pagi, semua pengurus mula bergerak ke restoran Low Cost Tanjung Batu untuk memulakan rakaman disana. Restoran Low Cost Tanjung Batu dipilih kerana restoran tersebut merupakan restoran yang baru sahaja beroperasi dalam masa sebulan namun mendapat sambutan yang sangat hebat dari penduduk sekitar Tawau. Oleh yang demikian kami crew menarik di Tawau memutuskan untuk membuat video keusahawan di restoran Low Cost. Rakaman bemula sekitar pukul 11.30 pagi selepas semua perkakasan dan makanan yang menjadi siulan pelanggan siap disediakan.
Melalui rakaman usahawan yang dilakukan, para pengurus Pusat Internet dapat mempraktikakan semua ilmu tentang penggunan kamera DSLR yang dipelajari secara teori sebelum ini. Sesi ini melibatkan pengurus Pusat Internet yang bertugas sebagai penemuramah, pengacara, mengendalikan audio dan juga rakaman sepanjang sesi temuramah berlangsung. Proses ini berjalan selama 3 hingga ke 4 jam termasuk untuk mendapatkan footage di sekitar restoran tersebut. Selesai sahaja sesi rakaman di lakukan, semua pengurus kembali semula ke Pusat Internet PPR Sri Titingan untuk mendapatkan footage rakaman dan dalam masa yang sama sedikit penerangan tentang proses editing dilakukan oleh Encik Abdul Rahman Suni. Program ni selesai sekitar pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: