Pertandingan Mewarna (Merdeka 61)
16 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 September lepas, PI Kg Sg Imam telah mengadakan satu pertandingan mewarna topeng bertemakan kemerdekaan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun. Pertandingan ini melibatkan penglibatan pelajar sekolah rendah Sungai Imam seramai lebih kurang 15 orang pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Aktiviti bermula pada pukul 11.00 pagi berakhir sekitar pukul 1.00 petang. Para peserta yang datang, diminta untuk membawa pensil warna sendiri dan bahan-bahan selebihnya pihak PI telah siap sediakan.
Aktiviti tepat bermula sekitar 11.10 pagi setelah meminta para peserta yang datang untuk mengambil tempat masing-masing mengikut keselesaan mereka. Mereka diberi masa sekitar 1 jam 30 minit, untuk menyiapkan topeng berwarna sebelum sesi menggunting dan memasang tali pengikat di lakukan. Selesai sahaja sesi mewarna dilakukan, peserta akan diberikan gunting dan tali nilon untuk mereka menggunting topeng mereka dan memasang tali nilon yang diberikan ditepi topeng untuk dijadikan tali pengikat keyika meeka memasang topeng ke muka mereka. Aktiviti berakhir sekitar pukul 1 petang selepas sesi penyampaian hadiah dilakukan kepada mereka yang mewarna dengan kemas dan cantk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: