Jom Studi
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniMelalui inisiatif Digi, Astro Malaysia Holding dan Media Prima Berhad, satu projek yang dikenali sebagai JomStudi akan dilancarkan dan sebelum itu mengkehendaki semua Pusat Internet Digi (Sabah) untuk mengakses laman web tersebut dan mendaftar sebagai pengguna untuk mengumpul maklumbalas tentang keberkesanan dan keupayaan website JomStudi untuk membantu pengguna untuk tujuan pendidikan.
Oleh yang demikian, Pusat Internet Kg Sg Imam turut menjadi tempat untuk mengumpul maklumbalas awal pengguna. PI telah mengumpul lebih kurang 10 orang pengguna pertama untuk mendaftar laman web tersebut dan ambil masa untuk mengakses dan mencuba pelbagai aplikasi di dalam laman web tersebut sebelum meminta mereka memberi maklumbalas dan penambahbaikan jika ada. Setiap maklumbalas daripada mereka sangat membantu pihak Digi untuk memperbaiki laman web ini untuk lebih mesra pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: