Kursus Fotografi Produk Usahawan

18 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2019 (Rabu), Pusat Internet daerah Tawau telah menganjurkan kursus Fotografi, Photoshop dan Keusahawanan untuk setiap Pusat Internet Tawau yang bertempat di PPR Taman Sri Titingan, Tawau. Kursus pada kali ini dihadiri oleh seorang wakil dari setiap Pusat Internet yang terdapat di daerah tawau. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara menghasilkan gambar dan video yang baik untuk membantu usahawan. serta mengeratkan lagi silaturahim di antara semua kakitangan yang terlibat.

Kursus bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan kakitangan yang terlibat dan pembahagian tentative program mula diedarkan. Acara dimulakan dengan pengenalan asas tentang cara-cara menangkap gambar yang kemas dan cantik. Disertakan dengan itu, demo telah di lakukan oleh Encik Rahman selaku ketua dalam program ini.
Seterusnya program dilanjutkan dengan, sesi photography untuk produk daripada usahawan PI masing-masing. Sesi ini memakan masa selama lebih kurang dua jam untuk mendapatkan sudut gambaran yang cantik. Pelbagai hiasan dan props yang diguna pakai untuk membantu menonjolkan lagi produk usahawan setiap PI. Setelah selesai, pemilihan gambar yang paling menarik akan di pilih untuk dijadikan sebagai gambar latar belakang untuk menghasilkan kad ataupun sticker.

Pada sebelah petang, program diteruskan lagi dengan sesi mengedit gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Sesi kali ini turut dikendalikan oleh Encik Rahman dimana beliau akan memberi tunjuk ajar tentang cara-cara edit gambar dengan kreatif. Hasil daripada gambar tersebut akan diberikan kepada setiap usahawan untuk dijadikan sebagai bahan pasaran dan akan di muat naik dalam laman sesawang ‘Facebook Menari Di Tawau”. Pada pukul 4 petang program telah lengkap dan semua ahli terut bersurai.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali