Kelas Kecantikan Bersama Mary Kay
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober lepas, berlangsung kolaborasi PI Kg Sg Imam dan Mary Kay Tawau untuk menjalankan program kelas kecantikan bersama Mary Kay di PI Kg Sg Imam. Kelas berlangsung sekitar pukul 10.00 pagi dan dihadiri sekitar 15 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan golongan ibu. Program kali ini bagi memberi pendedahan tentang cara untuk mereka menjaga kulit dengan baik dan betul dan dalam masa yang sama membantu mempromosikan fungsi PI kepada lebih ramai pengunjung.
Sesi di isi dengan sesi mengimbas jenis kulit peserta yang hadir menggunakan peralatan pengimbas khas dan di teruskan dengan memberi penerangan secara teori cara yang betul menyuci wajah dengan pencuci muka masing-masing sebelum diteruskan dengan sesi praktikal. Konsultan Mary Kay iaitu Puan Noreayzan juga memberi pendedahan tentang cara yang betul menggunakan mask muka bagi menegangkan kulit dan membersihkan kulit mati sebelum sesi ditutup dengan memberi peserta peluang untuk mencuba krim muka daripada Mary Kay dan sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: