Advokasi Jamboree On The Air & On The Internet (Jota-Joti)
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober lepas, PI Kluster Tawau telah dijemput mewakili pihak SKMM untuk memberi ceramah dan advokasi tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar yang terlibat dengan program Jambori On The Air & On The Internet (JOTA-JOTI) di Sm Holy Trinity. Advokasi kali ini melibatkan sekitar 8 buah PI Tawau.
Advokasi ini melibatkan lebih kurang 300 orang pelajar lelaki dan perempuan. Sepanjang sesi advokasi, program di isi dengan penerangan mengenai fungsi Pusat Internet dan kewujudan Pusat Internet di sekitar Tawau yang dapat di manfaatkan oleh pelajar yang hadir pada ketika itu. Selain itu, penerangan tentang tajuk terpilih klik dengan bijak (KDB) juga dijalankan di selang-selikan dengan sesi soal jawab dan kuiz. Selesai sesi penerangan, staf PI yang terlibat menjalankan aktiviti permainan ICT bersama pelajar untuk memeriahkan lagi advokasi kali ini. Sesi berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: