Pertandingan Akhir Lukisan 3d Sketch Up
22 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Ogos lepas, pertandingan akhir lukisan 3D Sketch up telah berlangsung di Pusat Internet Kg Sg Imam. Pertandingan ini adalah lanjutan daripada saringan 1 dan 2 yang bermula sejak akhir bulan Julai yang melibatkan pelajar tahun 5 dan 6 SK Sungai Imam. Pertandingan kali ini melibatkan 10 orang peserta akhir yang layak daripada saringan sebelum ini.
Peserta pertandingan di berikan tajuk khas dan peraturan untuk mereka patuhi dan penuhi bagi melaksanakan tugasan lukisan kali ini. Peserta diberikan masa selama 1 jam sahaja untuk menghasilkan lukisan 3D menggunkankan aplikasi Sketch Up. Tajuk yang diberikan ialah menghasilkan rekaan yang boleh menyelesaikan masalah. Setiap hasil lukisan, peserta di wajibkan untuk membentangkan fungsi rekaan mereka kepada juri untuk dinilai. Peserta yang menghasilkan rekaan yang kreatif, cantik dan kemas akan di pilih sebagai tempat ketiga, naib johan dan johan pertandingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: