PI Silaturahim Raya

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun lepas, PI Kg Sg Imam telah mengadakan PI Silaturahim Raya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang masih bersisa. Sambutan raya di adakan di PI sendiri dengan kehadiran pengguna-pengguna PI bersama ibu bapa mereka. Sambutan Raya PI disambut bermula sekitar pukul 10.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang sahaja. Sepanjang majlis pelbagai permainan staf PI jalankan bagi mengisi masa bersama pengguna-pengguna PI yang hadir.

Staf PI juga menyediakan sedikit jamuan Raya untuk para tetamu yang datang dan para pengguna PI juga telah membawa sedikit juadah untuk dikongsi bersama-sama tetamu yang hadir memeriahkan sambutan Raya kali ini. Antara permainan yang disediakan oleh staf PI adalah pertandingan makan kuih raya, pertandingan memakai samping bagi kaum lelaki, pertandingan memakai shawl bagi kaum wanita dan soal jawab yang bertemakan hari Raya. Pertandingan yang berlangsung diselangi dengan para tetamu menjamu hidangan yang disediakan. Selesai semua pertandingan diadakan, sesi mengumumkan pemenang bagi setiap pertandingan dilakukan oleh staf dan pemenang di berikan sedikit hadiah berupa makanan daripada pihak PI.

Kursus bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan kakitangan yang terlibat dan pembahagian tentative program mula diedarkan. Acara dimulakan dengan pengenalan asas tentang cara-cara menangkap gambar yang kemas dan cantik. Disertakan dengan itu, demo telah di lakukan oleh Encik Rahman selaku ketua dalam program ini.
Seterusnya program dilanjutkan dengan, sesi photography untuk produk daripada usahawan PI masing-masing. Sesi ini memakan masa selama lebih kurang dua jam untuk mendapatkan sudut gambaran yang cantik. Pelbagai hiasan dan props yang diguna pakai untuk membantu menonjolkan lagi produk usahawan setiap PI. Setelah selesai, pemilihan gambar yang paling menarik akan di pilih untuk dijadikan sebagai gambar latar belakang untuk menghasilkan kad ataupun sticker.

Pada sebelah petang, program diteruskan lagi dengan sesi mengedit gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Sesi kali ini turut dikendalikan oleh Encik Rahman dimana beliau akan memberi tunjuk ajar tentang cara-cara edit gambar dengan kreatif. Hasil daripada gambar tersebut akan diberikan kepada setiap usahawan untuk dijadikan sebagai bahan pasaran dan akan di muat naik dalam laman sesawang ‘Facebook Menari Di Tawau”. Pada pukul 4 petang program telah lengkap dan semua ahli terut bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali