Ibuku Celik It

23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober lepas, PI Kg Sg Imam telah menjalankan program ICT bersama golongan ibu atas tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang ilmu asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Program kali ini melibatkan ibu-ibu daripada persatuan Bina Insan (Menjahit) KEMAS Kg Sg Imam yang terdiri daripada 10 orang sahaja. Sesi bermula sekitar pukul 2.00 petang.

Sesi dimulakan dengan memberi penerangan teori sekaligus sesi praktikal untuk memastikan ibu-ibu dapat menangkap setiap yang yang diberikan dengan mudah. Seterusnya sesi di isi dengan menjalankan kuiz online Kahoot.com untuk menguji kefahaman asas ibu-ibu tentang Microsoft Word. Selesai sesi kuiz, sesi praktikan diteruskan dengan ibu-ibu diberi tugasan untuk menaip surat rasmi seperti contoh yang diberikan untuk memastikan ibu-ibu faham dan dapat mempraktikkan ilmu-ilmu asas yang di ajarkan disamping mendapat bimbingan daripada staf PI jika berlaku kekeliruan dan pertanyaan di kalangan ibu-ibu. Sesi berakhir sekitar pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali