Program Kembara Jalur Gemilang

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos lepas, PI Kg Sg Imam dan beberapa PI terpilih telah terlibat dengan Program Kembara Jalur Gemilang yang diadakan di sekitar perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Program ini bertujuan untuk membantu pihak MYTV melaksanakan promosi berkenaan MyFreeview sejajar dengan peralihan TV analog kepada TV digital di seluruh Malaysia.

Promosi melibatkan peserta konvoi kembara Jalur Gemilang dan juga peserta pertandingan mewarna daripada pihak KEMAS. Staf PI yang terlibat bertugas melakukan promosi dan membantu pihak MYTV menjalankan pengagihan dekoder MYTV sebanyak 100 unit kepada yang layak. Di samping itu, staf PI yang lain bergerak melakukan penerangan dan promosi kepada penduduk sekitar Tawau di Pasar Pagi Sabindo. Program berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali