Program Raya 2019 Bersama Pusat Internet Tawau

28 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2019 bersamaan hari Selasa yang lalu, Pusat Internet daerah Tawau telah mengadakan Program Raya 2019 bersama Pusat Internet daerah Tawau yang diwakili oleh Penolong Pengurus dari Pusat Internet Kg Balung Cocos, Pusat Internet Kg Pasir Putih, Pusat Internet PPR Sri Semarak, Pusat Internet Kg Batu Payung, Pusat Internet Felda Umas, Pusat Internet PPR Sri Apas, Pusat Internet Sungai Imam,Pusat Internet PPR Sri Titingan dan Pusat Internet Kg Merotai.

Program ini telah diadakan bertempat di Pusat Internet Kg Pasir Putih. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara staff Pusat Internet di daerah Tawau. Umum mengetahui juga bahawa Hari raya Aidilfitri juga sememangnya disambut setiap tahun bagi seluruh umat islam di seluruh dunia sebagai tanda berakhirnya bulan ramadhan dan kemenangan bagi umat islam yang telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di dalam program ini juga ialah memasak juadah Hari Raya iaitu dua jenis makanan yang dihidangkan setiap kali musim perayaan aidilfitri seperti “Rendang Ayam’’ dan Makanan Tradisi Masyarakat Cocos iaitu “Ayam Masak Rose’’. Program ini juga diserikan lagi dengan dendangan lagu hari raya.
Program berakhir tepat pada pukul 2 petang diakhiri dengan jamuan makan oleh staff.Diharapkan program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malahan juga dapat beramah mesra sesama mereka dan dapat memberikan impak yang positif kepada semua lapisan masyara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali