Lawatan Pengarah Mcmc Sabah & Sesi Monitoring Miv

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September lepas, PI Kg Sg Imam telah menerima kunjungan daripada Pengarah MCMC Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Haji Roslan Mohamad atas tujuan berjumpa dengan staf PI dan melihat sendiri perkembangan PI Kg Sg Imam sepanjang pengoperasiannya selama hampir 3 tahun. Sepanjang sesi lawatan, Tuan Haji sempat beramah mesra dengan pengunjung PI yang datang dan melihat sendiri pengoperasian PI yang juga dilantik sebagai ejen Poslaju Malaysia. Disamping itu, Tuan Haji juga sempat beramah mesra dengan sukarelawan PI yang sedang bersedia menerima lawatan pihak MCMC untuk sesi monitoring.

Sebelah petang pula, PI menerima lawatan daripada pihak MCMC (MIV) untuk sesi monitoring MIV setelah hampir sebulan sukarelawan menjalankan program MIV di PI dan sekitarnya. Sesi bermula sekitar pukul 2.00 petang dengan kumpulan sukarelawan masing-masing mula menjalankan program seperti yang dirancangkan iaitu kelas canva.com dan kelas klik dengan bijak (KDB) bersama pelajar sekolah rendah dan menengah. Pihak MCMC (MIV) dalam masa yang sama mula melakukan pemantauan dengan program yang mereka jalankan. Selesai kelas, sesi temubual dan perbincangan antara sukarelawan dan pihak MCMC (MIV) bermula. Sekitar pukul 5.00 petang sesi berakhir dengan sesi bergambar bersama peserta yang hadir, sukarelawan dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali