Bengkel Lukisan & Pencetakan 3D (Fasa 1)
25 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai lepas, PI Kg Sg Imam telah menganjurkan satu bengkel lukisan dan pencetakan 3D dengan kerjasama SK Sungai Imam yang terdiri daripada pelajar tahap 2 iaitu darjah 5 dan 6 sahaja. Bengkel 3D ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan pelajar seawal mungkin di umur 11 dan 12 tahun untuk mempunyai asas lukisan dan pencetakan 3D. Tambahan pula, kemudahan mesin pencetak 3D yang terdapat di Pusat Internet perlu dimanfaatkan sepenuhnya di samping staf PI mempunyai ilmu akan lukisan 3D yang boleh dikongsikan kepada pelajar yang mengikuti bengkel pada hari itu.
Bengkel pada kali ini mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk fasa pertama yang mana pengisian pada kali ini terdiri daripada pengenalan tentang perbezaan antara bentuk 2D dan 3D dan diteruskan dengan latihan amali tentang permulaan untuk melukis lukisan 3D. Bagi memulakan lukisan 3D, pelajar dikenalkan dengan aplikasi SketchUP 2017 dan mula dibiasakan dengan item-item pelbagai fungsi yang terdapat di aplikasi tersebut. Pelajar mula melukis mengikut kreativiti dan bayangan masing-masing tentang objek yang ingin mereka lukis. Sesi kali ini juga turut dipantau oleh guru yang mengajar subjek Teknologi Maklumat dan Kommunikasi.
Selepas selesai mereka melukis, staf PI mengajar mereka cara untuk menyimpan hasil lukisan mereka melalui ‘eksport STL’ untuk memastikan hasil lukisan mereka kelak dapat di cetak menggunakan mesin pencetak 3D. Selesai itu, bengkel berakhir dengan sesi mengambil gambar bersama pelajar, guru dan staf PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: