Hari Terbuka 2019, Pi Kg Sg Imam
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober lepas, PI Kg Sg Imam telah mengajurkan hari terbuka untuk kali kedua setelah dua tahun beroperasi. Hari terbuka bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 1.00 petang. Kehadiran kali ini lebih ramai berbanding tahun lepas dan penglibatan ibu bapa lebih ramai dan memberangsangkan. Hari terbuka kali ini istimewa kerana turut melibatkan sukarelawan MIV PI Kg Sg Imam.
Seawal pagi hari terbuka dimeriahkan dengan aktiviti mewarna untuk pelajar sekolah rendah yang mencatatkan menyertaan lebih dari 40 orang peserta yang datang dari sekitar Kampung Sungai Imam dan yang datang jauh dari luar kawasan PI. Selesai sesi mewarna, permainan berkumpulan dimulakan untuk hadirin yang hadir. Antara permainan yang di jalankan pada hari terbuka kali ini ialah, pertandingan makan telur rebus, pertandingan memasukkan tali ke dalam manik, pertandingan makan epal, pertandingan menyusun gelas, pertandingan mengalihkan kacang menggunakan chopstik dan pertandingan kerusi parlimen. Tidak diluakan juga pendaftaran ahli secara percuma dibuka sepanjang hari terbuka berlangsung. Sesi penyampaian hadiah di sampaikan setelah selesai sesi permainan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: