Bengkel Malaysia Ict Volunteer 2019

10 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 sehingga 9 September lepas, PI Kg Sg Imam antara PI di Sabah yang terpilih untuk mengikuti Program Malaysia ict volunteer (MIV) anjuran pihak SKMM. Sebelum PI dan sukarelawan yang terpilih menjalankan program MIV sepanjang dua bulan, satu bengkel pengenalan dan penerangan tentang MIV dijalankan selama 3 hari melibatkan pengurus PI dan sukarelawan yang terlibat di Borneo Royal Hotel, Tawau.

Sepanjang 3 hari berlangsung, pelbagai pengisian yang di perdengarkan dan aktiviti yang dijalankan bagi memberi pemahanan yang jelas akan objektif MIV ini dijalankan dan dalam masa yang sama memastikan sukarelawan yang terlibat dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Antara sesi yang mengisi waktu sepanjang 3 hari itu adalah sesi pengenalan tentang MIV, sesi fotografi dan videografi, sesi pemasaran dan perniagaan atas talian, perkongsian Duitnow, sesi klik dengan bijak (KDB), sesi kemahiran komunikasi dan diakhiri dengan aktiviti ekplorace pada hari ketiga sebelum sesi penutupan dilakukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali