Kursus Advokasi TTT (Sesi I)

17 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2019 (Rabu), Pusat Internet daerah Tawau telah menganjurkan training TTT advokasi untuk Pusat Internet Tawau bertempat di PPR Taman Sri Titingan, Tawau. Kursus pada kali ini dihadiri oleh seorang wakil dari setiap Pusat Internet yang terdapat di daerah tawau. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Training TTT Advokasi serta mengeratkan lagi silaturahim di antara semua kakitangan yang terlibat.

Kursus bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan kakitangan yang terlibat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Wakil Pusat internet Kg Sungai Imam iaitu Cik Marhani binti Saleh. Kursus diteruskan dengan perbincangan mengenai Perlindungan Kanak-kanak dalam dunia siber. Kursus diteruskan lagi dengan perbincangan mengenai Jenayah siber berkaitan hak, tanggungjawab & perlindungan hak penguna. Dalam perbincangan ini dimulakan dengan agenda pengenalan mengenai fungsi MCMC, Internet & Media Sosial yang berlatar belakang penguna internet dimalaysia, perbincangan di teruskan lagi mengenai Jenayah siber yang melibatkan remaja tentang Isu dan risiko berkaitan Buli Siber, Cyber Grooming, dan Penipuan Kewangan. Seterusnya perbincangan di teruskan megenai hak, tanggungjawap dan perlindungan tentang undang-undang berkaitan jenayah siber, serta laporan penyalahgunaan kepada pihak pentadbir media social dan konsep kawal selia kendiri.

Pada sebelah petang pula kursus di teruskan dengan latihan mengenai borang penilaian mengenai kenalpasti maklumat yang benar atau sumber tidak benar selesai perbincangan tentang latihan tersebut sesi soal jawap tentang berkaitan isu tersebut dan melihat paparan video berkaitan advokasi. Akhir kata, diharapkan agar semua peserta yang terlibat dapat menggunakan segala ilmu yang disampaikan. Sesi tamat sekitar 4.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali