Kursus Advokasi TTT (Sesi II)

31 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Januari 2019 (Rabu), Pusat Internet daerah Tawau telah menganjurkan kursus TTT advokasi untuk Pusat Internet Tawau bertempat di Pusat Internet Kg Sg Imam, Tawau. Kursus pada kali ini dihadiri oleh pengurus dari setiap Pusat Internet yang terdapat di daerah tawau. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kursus TTT Advokasi yang perlu setiap PI lakukan di PI masing-masing kepada komuniti dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara semua kakitangan yang terlibat.

Kursus bermula seawal jam 9.30 pagi dengan ketibaan kakitangan yang terlibat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari pelatih dari Pusat internet Balung Cocos iaitu Encik Ahmad Fakhri Endah dan sesi perkongsian di teruskan dengan perbincangan mengenai Perlindungan Kanak-kanak dalam dunia siber. Kursus diteruskan lagi dengan perbincangan mengenai Jenayah siber berkaitan hak, tanggungjawab & perlindungan hak penguna. Dalam perbincangan ini dimulakan dengan agenda pengenalan mengenai fungsi MCMC, Internet & Media Sosial yang berlatar belakang penguna internet dimalaysia, perbincangan di teruskan lagi mengenai Jenayah siber yang melibatkan remaja tentang Isu dan risiko berkaitan Buli Siber, Cyber Grooming, dan Penipuan Kewangan.

Seterusnya perbincangan di teruskan megenai hak, tanggungjawab dan perlindungan tentang undang-undang berkaitan jenayah siber, serta laporan penyalahgunaan kepada pihak pentadbir media social dan konsep kawal selia kendiri. Sepanjang sesi berlangsung, sesi latihan juga diselitkan agar pengurus PI yang hadir dapat lebih kefahaman mengenai cara untuk mengendalikan sesi advokasi di PI masing-masing kelak bersama komuniti. Sesi berhenti rehat pada pukul 12.00 tengahari sebelum di sambung semula pada pukul 1.00 petang untuk membincangkan isu-isu berbangkit mengenai keperluan PI ketika melakukan sesi advokasi di sekolah mahupun hanya di PI maing-masing. Sesi selesai pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali