Kursus Asas Animasi

31 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober lepas, PI Kg Sg Imam telah dikunjungi oleh Encik Nizam Abdullah untuk memberi kursus dan tunjuk ajar tentang cara untuk menghasilkan video animasi menggunakan aplikasi terpilih. Sesi bermula sekitar pukul 9.00 pagi di mana semua yang hadir diberi penerangan secara teori tentang apa itu animasi dan asal usul animasi bermula dan revolusinya.

Selesai sesi penerangan, staf mula di beri pendedahan untuk menggunakan aplikasi opentoonz untuk membuat animasi ringkas dan pendek sebagai permulaan. Sebelah petang pula, sesi di isi dengan tugas berkumpulan yang mana setiap kumpulan di minta menghasilkan jalan cerita suatu watak animasi mengikut kreativiti masing-masing. Selesai menghasilkan animasi yang mempunyai jalan cerita, sesi di teruskan dengan sesi pembentangan dan penilaian sebelum sesi berakhir sekitar pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali