Advokasi Di Program Dekad Membaca SK Balung
11 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 April lepas, Gabungan Pusat Internet seluruh Tawau yang terdiri daripada 10 buah PI dengan kerjasama daripada Perpustakaan Desa telah mengadakan advokasi di program Dekad Membaca yang diadakan di Sk Balung, Tawau. Program advokasi kali ini melibatkan pelajar tahap 2 Sk Balung iaitu pelajar darjah 4 hingga darjah 6.
Pusat Internet gabungan seluruh Tawau yang terlibat memulakan program advokasi sekitar pukul 9.30 pagi selepas selesai majlis perasmian minggu membaca oleh Tuan Pengetua Sk Balung sendiri. Pengisian sepanjang advokasi ialah sesi penerangan tentang fungsi dan peranan kewujudan Pusat Internet di sekitar kawasan penempatan penduduk kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat,
Selesai sesi penerangan, Pusat Internet Tawau memulakan permainan dan kuiz kepada pelajar dan guru-guru. Antara permainan dan kuiz yang dijalankan ialah kuiz KDB, permainan I-Maze, kuiz susun perkataan dan permainan radio rosak. Pelajar yang hadir juga turun di edarkan flyers dan risalah-risalah berkaitan dengan KDB dan Pusat Internet untuk mereka lebih fahami dan mudah untuk dibaca dan disebarkan kepada mereka yang tidak berada di program advokasi kali ini. Selesai sesi penerangan dan soal jawab, program berakhir sekitar pukul 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: