Advokasi Di Jambori Nusantara Antarabangsa Tawau 2019

26 March 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 March lepas, Pusat Internet Tawau yang terdiri daripada 10 buah PI telah dijemput mengadakan advokasi di Jambori Nusantara Antarabangsa Tawau 2019 yang di adakan di Kem Pengakap Tiku, Tawau. Program advokasi kali ini berskala besar kerana penglibatan ramai buah sekolah sekitar Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Indonesia. Gabungan beberapa sekolah daripada beberapa buah daerah telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 300 orang pelajar yang terlibat dalam advokasi kali ini.

Pusat Internet yang terlibat memulakan program advokasi sekitar pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari selepas selesai majlis perasmian. Pengisian sepanjang advokasi ialah sesi penerangan tentang fungsi dan peranan kewujudan Pusat Internet di sekitar kawasan penempatan penduduk kepada guru-guru yang hadir dan para pelajar yang terlibat, cara-cara mengurus media social (cyber grooming), hal-hal berkaitan dengan KDB (Klik Dengan Bijak) dan cara menguruskan buli siber (Cyber Bully) jika anda adalah mangsa.

Pelajar yang hadir juga turun di edarkan flyers dan risalah-risalah berkaitan dengan KDB dan Pusat Internet untuk mereka lebih fahami dan mudah untuk dibaca dan disebarkan kepada mereka yang tidak berada di program advokasi kali ini. Selesai sesi penerangan dan soal jawab, program berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali