Kem Jom Studi

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai lepas, Pusat Internet Kg Sg Imam menganjurkan satu program yang dikenali sebagai program Kem Jom Studi yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bermula daripada umur 10 tahun sehigga 17 tahun. Program satu hari Kem Jom studi ini di anjurkan bertujuan untuk menperkenalkan satu aplikasi baru iaitu aplikasi ‘jomstudi.my’ yang merupakan satu hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti terutamanya kepada pelajar yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai pengisian telah ditugaskan kepada peserta antaranya sesi ‘ice breaking’ yang meyelitkan sesi perkenalan berkumpulan, sesi lakonan dan sesi sambungan cerita kreatif. Sesi seterusnya adalah sesi pendaftaran percuma ‘jomstudi.my’ yang merupakan tujuan utama program ini dianjurkan. Selesai sesi pendaftaran secara atas talian, mereka di beri pendedahan lebih terperinci tentang kandungan aplikasi pembelajaran ini yang terdiri daripada tutor tv, digi world, mdec dan juga FullAMark. Setiap aplikasi ini, peserta di beri tugasan berkumpulan untuk mengekplorasi kandungan setiap aplikasi dengan cara yang lebih menarik dan seronok.

Antara tugasan yang diberikan ialah sesi lakonan, sesi jawab soalan melalui Kahoot.com dan sesi pembentangan. Kem Jom Studi berakhir dengan sesi pembentangan daripada setiap kumpulan yang terdiri daripada lima kumpulan. Setiap kumpulan di kehendaki berkongsi pengalaman dan dapatan mereka selama mengikuti Kem Jom Studi ini selama sehari dan bagaimana aplikasi ‘jomstudi.my’ ini membantu mereka membuat ulangkaji dan rujukan kelak. Selesai sesi perkongsian, sijil penyertaan dan kumpulan terbaik di beri dan di umumkan. Sesi bergambar juga dilakukan bersama semua peserta dan staf PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali