Basic Editing Pixlr.Com
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun lepas, staf Pusat Internet Kg Sg Imam mengadakan kelas suntingan asas menggunakan aplikasi atas talian yang dikenalai sebagai Pixlr.com. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada adik-adik yang datang mengahadiri kelas hari itu tentang pilihan aplikasi melalui atas talian untuk mereka membuat suntingan asas bagi gambar-gambar yang mereka ambil.
Kelas pada kali ini dihadiri seramai 10 orang pelajar sekolah rendah lelaki dan perempuan yang berminat untuk mengetahui cara-cara untuk membuat suntingan dan ingin mengekpresikan kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar yang lebih baik dan berkualiti. Staf PI yang bertugas menjalankan kelas pada hari itu mengisi tentatif kelas selama hamper 2 jam dengan memberi penerangan secara praktikal tentang aplikasi pixlr.com dan cara untuk menggunakan perisian yang sedia ada di dalam aplikasi tersebut untuk digunakan ketika membuat suntingan gambar.
Bagi menguji kefahaman adik-adik yang hadir, staf PI memberi tugasan kepada mereka dengan memberi satu gambar yang sama untuk semua yang hadir dan mengkehendaki mereka untuk membuat suntingan mengikut kreativiti masing-masing sebelum dinilai selepas tamat masa yang diberikan. Mereka yang menghasilkan suntingan yang baik dan berkualiti, telah di beri penghargaan berupa hadiah daripada staf PI yang bertugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: